Wednesday, 31 October 2012

Kenali Alat Perkusi



Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.

Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.


Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah seperti diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang. Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja. Biasanya dalan keluarga “membranofon” dan “Ideofon”.


Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi.

Antara matlamatnya ialah :

1. Menyemai rasa cintakan irama.

2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi.

3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.

Klik disini untuk melihat aktiviti P&P yang dijalankan didalam kelas.

1 comment: