Wednesday, 31 October 2012

Kenali Alat Perkusi



Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.

Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.


Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah seperti diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang. Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja. Biasanya dalan keluarga “membranofon” dan “Ideofon”.


Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi.

Antara matlamatnya ialah :

1. Menyemai rasa cintakan irama.

2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi.

3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.

Klik disini untuk melihat aktiviti P&P yang dijalankan didalam kelas.

Monday, 8 October 2012

Kenali Alat Muzik Tradisional

MEMBRANOFON :

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan "kulit" yang diregangkan.

Contohnya: 
gedombak, geduk, rebana, gendang, jidur

GENDANG SILAT
REBANA
GEDUK
GEDOMBAK

KORDOFON : 


Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan "tali" yang diregangkan.

Contohnya: 
gambus,sape,rebab, sundatang

REBAB
SAPE
GAMBUS
Lihat Video http://rosnaniharun.blogspot.com/p/video.html
KORDOFON

P&P : Tema Sayangi Diri


MUZIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


TEMA : SAYANGI DIRI
LAGU : RASA SAYANG

Rasa sayang eh
Rasa sayang sayanag eh
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang eh

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutanglah budi dibawa mati

Rasa sayang eh
Rasa sayang sayang eh
Hey lihat nona jauh
rasa sayang sayang eh


Selamat Datang !!




Nama : Pn Rosnani Binti Harun
E-mel : Rosnanifadzil@gmail.com
No. Telefon : 0126039022
No. Matrik : D055451
Fakulti : Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Jabatan : Pendidikan Awal Kanak-kanak / Pendidikan Khas
Semester : 1
Sesi : 2012/2013
Nama Kursus : Teknologi Maklumat untuk Sekolah Rendah
Kod Kursus : KRT 3013


SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini merangkumi topik-topik yang dapat mengembangkan kemahiran asas komputer dalam kalangan kanak-kanak seperti menggunakan komputer, menyimpan dan mendapat kembali maklumat, berkomunikasi, mencetak dan sebagainya. Juga diberi tumpuan kepada persediaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran, pemilihan perisian yang sesuai, perkembangan kemahiran asas melalui teknologi maklumat seperti mengenal nombor, huruf, kemahiran membaca  kemahiran matematik dan muzik.